Friday, 14 April 2017
SUJUD
Masih segar di ingatan. Waktu tu sudah masuk tiga bulan terlantar akibat kemalangan. Kecederaan yang dialami membataskan pergerakan untuk solat seperti biasa. Lantas jalan yang perlu diambil adalah menunaikan solat secara duduk di kerusi. Tak selesa, kerana terpaksa menanggung sakit bahagian belakang dan yang lebih penting, tidak dapat sujud ke lantai. 8 bulan berlalu, bulan ke 9 baru berpeluang meletakkan dahi menyembah bumi, sujud kepada Nya. Tidak dapat digambar kan betapa galau nya rasa hati sewaktu tidak mampu untuk bersujud. Rasa seakan jauh dari Nya kerana kebiasaan waktu untuk mengadu segala nya adalah pada masa sujud. Kepala sering pening kerana tidak mampu bergerak seperti biasa, ditambah lagi dengan tidak mampu untuk sujud. Menyebabkan peredaran darah tidak berjalan dengan lancar.
Betapa waktu pertama mampu berdiri solat seperti biasa dan bersujud, terasa seperti itulah pertama kali sujud dengan sebenar-benar sujud kepada Nya. Air mata bercucuran membasahi pipi. Semua perasaan bercampur baur. Sedih, gembira, takut melakukan kesilapan yang sama, macam macam. Persoalan pertama pada diri tika itu, "Sudah cukup bersyukur kah aku? Dengan nikmat yang ditarik, kemudian diberi nya kembali?"
Sujud. Sujud adalah waktu terhampir kita dengan Yang Esa. Waktu itulah kita mencurahkan segala rasa di jiwa, sama ada suka atau duka. Hanya Dia yang tahu.
Sujud juga mampu jadi ukuran kedekatan hubungan kita dengan Allah. Tempoh 8 bulan tidak dapat bersujud, sepatut nya sudah membuat kan hati seorang manusia yang mengaku Allah Tuhan nya dan Nabi Muhammad pesuruh Nya kacau bilau. Inikan pula bertahun-tahun tidak sujud kepada Nya. Allahu Allah.
Sepatut nya hati seorang yang mukmin itu, akan terasa sesuatu seandainya hari2 yang di lalui nya jauh dari Allah,bukan?
GRAB THE CHANCE WHILE YOU STILL HAVE THE CHANCE

SUPERB. PADU. AMAZING. IDOLA.
Tak berlebihan rasanya untuk aku puji susuk yang seorang itu. Kerana memang si dia layak.
Nak tahu, pertama kali berada di dalam kelas dia, aku awal-awal lagi sudah surrender untuk menyerlah dan take part dalam pengajaran dia.
Siapa sangka, lama kelamaan, Allah singkapkan satu demi satu hikmah belajar di dalam kelas dia.
Allahu Allah. Bukan mahu puji melambung, tapi dia sememangnya layak untuk di letak kan dalam kalangan pensyarah yang terbaik, 5 bintang pengajaran nya!
Kecil molek. Namun hati dan impian nya cukup besar. Hehe.
Mengapa ya, aku tertarik sekali dengan kata2 dia yang satu itu.
"Grab the chance while you still have the chance."
Kerana hari ini Allah mahu aku belajar satu lagi perkara baharu. Sungguh, dalam hidup, mesti tidak dapat tidak kita akan melakukan kesilapan bukan? Dan antara kesilapan paling besar adalah apabila kita gagal mengambil manfaat dan ibrah dari sisi hidup yang kita lalui sehari-hari. :)
Kita jarang menghargai sahabat2 sekelas kita. Kita selalu ambil mudah sahaja apabila bersama dengan mereka. Seolah-olah mereka ini tiada apa2 erti dalam hidup kita.
Kita jarang mengambil manfaat dan ibrah dari makcik2 cleaner, makcik2 kantin yang berlegar di sekeliling kita. Kita fikir kita tidak setaraf dengan mereka.
Kita jarang mengambil ibrah dan manfaat dari pembelajaran kita. Sekecil-kecil perkara. Adakala nya kita buat sesuatu assignment dengan sambil lewa.
Allahu, tak mampu untuk senarai kan di sini kelalaian kita. Memang sungguh lah, kita ini cepat lupa! Lalai dan leka.
Ada masa, pandang lah dengan mata hati, setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sehari2.

MASIH ADA WAKTU
MASIH ADA WAKTU
Duduk2 bersembang dengan sahabat2 tentang satu insiden kemalangan yang menimpa diri, mulut petah bercerita tentang perkara yang sama. Ulang tayang.
Tengah2 asyik bersembang, tiba2 terfikir.
"Kalau lah, tayar kenderaan tu jatuh terpelanting atas badan aku, agak2 masih ada tak lagi waktu untuk aku hidup kat atas dunia ni?"
Takdir nya. Tayar kenderaan jatuh terpelanting atas kaki.
Seolah-olah Allah beri satu peringatan cukup padu dan tegas.
"Aku beri kamu peluang kedua, untuk perbaiki segalanya, guna kan peluang ini sebaik nya. Sebelum segalanya berakhir dan sebelum sesuatu yang pasti itu tiba. "
Soalnya, sedar atau tidak? Untuk perbaiki diri jadi lebih baik? Soalnya, mahu ambil insiden ini sebagai peringatan atau sekadar angin lalu?
Selagi seseorang itu tidak sedar yang dirinya diuji untuk Allah pertingkat kan nilai dalam diri nya, maka sekali lagi dia akan diuji berulang2 kali sehingga dia lulus dalam ujian yang di hadapi.
Umpamanya, selagi tak lulus paper sesuatu subjek, selagi itu lah, kita akan repeat paper yang sama, sehingga lulus!
Baik nya Allah kan? Dia sudah pun bagi Hint, bagi kunci untuk kita hidup sejahtera, tapi manusia adalah makhluk yang Tersangat Cepat Lupa, selalu lalai, dan SOMBONG!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bukankah pernah datang kepada manusia waktu dari masa, yang ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat di sebut?
Sungguh, kami telah menciptakan manusia dari setetes mani yang bercampur, yang kami hendak mengujinya, (dengan perintah dan larangan), karena itu kami jadikan dia mendengar dan melihat.
Sungguh, kami telah menunjukkan kepada Nya jalan yang lurus, ada yang bersyukur, dan ada pula yang kufur.
Al-Insan, [76: 1-3]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Intipati surah Al Insan terdapat pada ayat 1-3.
Ayat pertama, Allah kata, betapa kita ini sombong sekali! Sedangkan sebelum ini, kita tiada apa2, diciptakan dari tiada kepada ada!, Jadi bila sudah diberi sedikit kemewahan, sudah hendak berlagak seperti Tuan Besar? Likers di media sosial membuat kan kita tertipu sehingga rasa diri sudah cukup hebat dan terkenal. Wal iyya zubillah.
Ayat ke2, Allah mahu lenturkan kesombongan kita dengan berkata tentang kejadian penciptaan kita dan tujuan diciptakan. Sebenarnya Allah sudah pun bagi jalan, Allah bagi telinga dan mata, untuk kita hidup baik2 atas muka bumi ni, tinggal lagi kita yang tidak menggunakan pancaindera yang Dia beri sebaik nya.
Ayat ke3, Allah sebenarnya sedaya upaya nak kita jadi orang yang bersyukur, Allah nak kita tetap hati dengan tujuan hidup hakiki. At least, lulus dengan ujian hidup ni, maksudnya, memang Allah sayang sangat pada kita, nak kita masuk ke syurga Nya!
Al-Insan - Lambang kasih sayang Allah terhadap Hamba2 Nya.
Wallahu'alam.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Percaya Sampai Syurga - Prolog
Dia leka menulis sesuatu di komputer riba. Jemari laju menekan papan kekunci, menyamai kelajuan susunan kata-kata di dalam minda yang sedang...
-

“Kenapa pandang macamtu? enti tahu tak tu pandangan maut??” Hannan mengomel. Insyirah tergelak kecil. Sambil membetulkan duduk, I...
-
" Dan diwajibkan ke atas kamu berperang, sedang kan kamu tidak menghendaki, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik ...