Friday 14 April 2017

SUJUD



Masih segar di ingatan. Waktu tu sudah masuk tiga bulan terlantar akibat kemalangan. Kecederaan yang dialami membataskan pergerakan untuk solat seperti biasa. Lantas jalan yang perlu diambil adalah menunaikan solat secara duduk di kerusi. Tak selesa, kerana terpaksa menanggung sakit bahagian belakang dan yang lebih penting, tidak dapat sujud ke lantai. 8 bulan berlalu, bulan ke 9 baru berpeluang meletakkan dahi menyembah bumi, sujud kepada Nya. Tidak dapat digambar kan betapa galau nya rasa hati sewaktu tidak mampu untuk bersujud. Rasa seakan jauh dari Nya kerana kebiasaan waktu untuk mengadu segala nya adalah pada masa sujud. Kepala sering pening kerana tidak mampu bergerak seperti biasa, ditambah lagi dengan tidak mampu untuk sujud. Menyebabkan peredaran darah tidak berjalan dengan lancar.

Betapa waktu pertama mampu berdiri solat seperti biasa dan bersujud, terasa seperti itulah pertama kali sujud dengan sebenar-benar sujud kepada Nya. Air mata bercucuran membasahi pipi. Semua perasaan bercampur baur. Sedih, gembira, takut melakukan kesilapan yang sama, macam macam. Persoalan pertama pada diri tika itu, "Sudah cukup bersyukur kah aku? Dengan nikmat yang ditarik, kemudian diberi nya kembali?"

Sujud. Sujud adalah waktu terhampir kita dengan Yang Esa. Waktu itulah kita mencurahkan segala rasa di jiwa, sama ada suka atau duka. Hanya Dia yang tahu.
Sujud juga mampu jadi ukuran kedekatan hubungan kita dengan Allah. Tempoh 8 bulan tidak dapat bersujud, sepatut nya sudah membuat kan hati seorang manusia yang mengaku Allah Tuhan nya dan Nabi Muhammad pesuruh Nya kacau bilau. Inikan pula bertahun-tahun tidak sujud kepada Nya. Allahu Allah.

Sepatut nya hati seorang yang mukmin itu, akan terasa sesuatu seandainya hari2 yang di lalui nya jauh dari Allah,bukan?




No comments:

Post a Comment

Percaya Sampai Syurga - Prolog

Dia leka menulis sesuatu di komputer riba. Jemari laju menekan papan kekunci, menyamai kelajuan susunan kata-kata di dalam minda yang sedang...