Dia leka menulis sesuatu di komputer riba. Jemari laju menekan
papan kekunci, menyamai kelajuan susunan kata-kata di dalam minda yang sedang
beratur menunggu dimuntahkan sebentar sahaja lagi. Sesekali membetulkan letak
kaca mata pada batang hidung.
"Nah.”
Satu tangan memegang sekeping coklat Cadbury dihulurkan. Spontan
dia tergelak kecil, mengukir senyum. Coklat bertukar tangan. Seorang gadis memakai
kaca mata, tudung corak-corak latar hitam melabuhkan punggung di sisi. Sesekali
terdengar bunyi troli ditolak laju, bergeser dengan lantai di balai
pelepasan.
Nafas dihela perlahan. Dia berhenti menaip dan mula mengoyak
plastik coklat.
"It's been so many years."
Gadis kaca mata memandang tingkap kaca di hadapan.
"Yeah."
Dia yang sedang mengunyah coklat menjawab pendek. Lama mereka
mendiamkan diri masing-masing, melayan perasaan sendiri.
Giliran gadis kaca mata pula menghembus nafas, seraya mencapai
komputer riba dan membukanya.
Dia masih mengunyah kepingan coklat perlahan-lahan.
Gadis kaca mata menyuakan komputer riba. Beberapa keping gambar
yang sudah disunting berlatarkan gunung bersalji di sebuah perkampungan yang
sangat mereka cintai terpampang di hadapan mata.
Senyum lebar terus terukir di bibir. Dia baru sahaja hendak
membuka mulut, melontarkan kata - kata pujian, apabila gadis kaca mata tiba -
tiba berkata,
"I am just wondering, what will you do if
you guys are destined to see each other again?"
Dia mengangkat kening, memandang gadis kaca mata. Pandangan mereka
bertentangan.
"I..."
"I want to say sorry."
"Is that all?"
Dia menghela nafas, menggeleng perlahan.
"I... Dont know."
Gadis kaca mata mencapai tangan sahabatnya, dan mengenggam erat.
"It’s okay, I am just asking..."
Dia mengangguk, mengesat sebutir mutiara yang mula mengalir
daripada tubir mata.
"Maybe... I dont know, but... The power of
'trust' might just save you guys again."
Dia mendiamkan diri, menanti kata kata seterusnya daripada gadis
kaca mata.
Gadis kaca mata hanya membalas dengan senyuman, mengalihkan semula
pandangan kepada komputer riba di hadapan.
No comments:
Post a Comment