“Kenapa pandang macamtu? enti tahu tak
tu pandangan maut??” Hannan mengomel. Insyirah tergelak kecil. Sambil
membetulkan duduk, Insyi menyelak halaman seterusnya untuk menebuk si hafizah
ayu dihadapannya. Sememangnya dia sengaja mahu mengusik sahabat tersayang yang
sentiasa dirindui selamanya itu.
“Ukhti...
macam mana enti boleh berada dalam golongan yang sedikit ni?” Insyirah menyoal
Hannan usai habis menebuk hafazannya. Hannan yang sedari tadi tersenyum puas,
memandang tepat ke arahnya.
******
“Baik, antunna, sebelum ana tutup halaqah kita harini, ana nak share ibrah tentang surah Al-Anfaal ayat
12. Cuba teka ayat ni berkisar tentang kisah apa?” Hannan memandang dengan
penuh kasih kepada tiap-tiap mad’u yang sedang duduk mengelilinginya dalam
bulatan.
“Kak Hannan! Tentang perang Badar! Betul tak??” Izzah, anak halaqah
Hannan yang proaktif itu mengangkat tinggi tangannya untuk menjawab dengan
suara yang bersemangat. “Pandai!, bagus ukhti! Kisah di mana Allah
memerintahkan tenteranya, para malaikat untuk turun membantu kaum Muslimin di
medan Badar. Kemenangan 313 lawan 1000 antara tentera Muslimin dan Musyrikin
ini benar-benar menunjukkan kekuasaanNya, juga pertolongan Allah itu amat
dekat. Apabila ditanya manakah pertolongan Allah itu, katakan bahawa
pertolongannya sudah dekat.[1]
Sudah semakin hampir. Ana masih ingat kata-kata salah seorang pendakwah,
penulis dan komposer terkenal tanah
air, “Ketika pintu dunia tertutup, pintu langit terbuka.”
Hannan tidak dapat meneruskan kata-katanya. Sebak di dadanya
bersarang kembali. Perlahan, dia memaksa dirinya mengakhiri pertemuan mereka
pada hari itu.
Jadi, teruskan kesabaranmu, adik-adik ana yang
dirahmati Allah semua. Antunna, kena terus kuat dan sabar!” Insya-Allah, segala
yang berlaku pada diri ana ni menandakan pertolongan Allah itu sudah semakin
hampir sebenarnya.”
“Kak Hannan, jaga diri akak baik-baik, kami sentiasa. Doa kami
sentiasa bersama dengan akak.” Izzah memeluk erat tubuh kurus dan cengkung itu.
Seakan tidak mahu melepaskan pelukan itu.
“Insya-Allah enti, terus mendoakan ana ya,”
Hannan
mengesat air mata yang mengalir di pipi mad’u kesayangannya itu. Dengan berat
hati, dia melepaskan genggaman tangan mad’u-mad’u yang mengelilinginya. Masanya
sudah hampir tiba. Hannan menyusun kemas langkahnya menuju ke trak polis sambil
dua orang polis wanita mula menggari kedua-dua belah tangannya.
Dalam perjalanan pulang ke penjara perempuan yang terletak di bumi
Kinanah itu, Hannan tidak henti-henti mengucap tasbih. Perbuatannya
menyelamatkan anak-anak Syria di kem pelarian di Jordan itu ternyata tidak
disenangi oleh sesetengah pihak yang sudah tidak mempunyai hati dan perikemanusiaan.
******
“Hey, you with the one in black scarf!! Come here!” Seorang pegawai
penjara berwajah bengis, tubuh tinggi, tegap dan sasa bersuara lantang
memanggil Hannan masuk ke dalam bilik soal siasat sebaik sahaja sampai di dalam
perkarangan penjara. Dengan lafaz bismillah, Hannan melangkah masuk ke dalam
bilik soal siasat.
“Why do you help the Syrian refugees
and build schools for them?!” Bentak pegawai penjara tersebut sambil meludah ke
muka Hannan. Hannan tertunduk. Dadanya berombak kencang. Seperti biasa, Hannan
akan menjawab segala persoalan dengan yakin namun akan dibalas dengan makian
dan cacian oleh pegawai penjara yang menyoalnya. Jika tidak dipukul dengan
kayu, pasti akan ada ludahan-ludahan ke mukanya dari makhluk tuhan durjana yang
menyoalnya. Hannan tidak henti-henti berdoa memohon perlindungan daripada yang
Esa agar makhluk-makhluk durjana di sekelilingnya itu tidak bertindak untuk melakukan
sesuatu yang melampaui batas terhadapnya.
******
Di satu sudut yang lain, di sebuah
bangunan di hujung kota di bumi anbiya’ itu, sekumpulan jundullah dilihat
sedang berbincang sesama sendiri untuk menghadapi sesi tunjuk perasaan keesokan
harinya. Usai musyawarah, mereka melakukan solat hajat berjemaah untuk memohon
kekuatan dan pertolongan Allah agar tunjuk perasaan secara aman pada hari esok,
kemenangan berpihak kepada golongan yang benar.
******
Sungguh, tidak ada siapa yang akan
menyangka pengakhiran gadis tinggi lampai kelahiran negeri jelapang padi itu
akan berakhir di tali gantung. Apabila kebenaran di atasi oleh kebatilan, dunia
juga sunyi seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku. Hannan tertanya-tanya di
manakah hilangnya kemanusiaan di hati pemimpin-pemimpin dunia yang
bertanggungjawab. Hannan melangkah keluar dari kandang pesalah sambil diiringi
dua orang pegawai polis wanita. Hannan dijatuhkan hukuman gantung atas ketidak
adilan pihak yang menjatuhkan hukuman atas ‘kesalahannya.’ Mahkamah tidak
teragak-agak untuk menjatuhkan hukuman ke atas Penghulu sayap kiri Keamanan
Sedunia itu susulan daripada rusuhan yang berlaku hingga menyebabkan beberapa
orang pegawai polis mengalami cedera parah dan berlaku kehilangan nyawa dalam
kalangan pihak berkuasa.
******
“Ukhti…” Kedengaran suara serak di corong telefon. Di hadapan
Hannan, duduk seorang gadis dalam lingkungan 20-an, tinggi lampai, berkulit
putih kemerah-merahan, riak wajah yang tenang. Mereka dipisahkan oleh sebuah
cermin kaca. Hanya bisa berhubung melalui talian telefon yang disediakan.
“Insyirah.. Doakan ana, tak pernah sekali pun dalam hidup ana, akan
terlintas untuk sampai ke tahap ni, sesuatu yang tak disangka-sangka. Pasti ada
hikmah yang sangat besar Allah mahu tunjukkan pada kita kan ukhti?”
Insyirah tidak dapat mengawal tangisnya. Sayu hati nya melihat
tubuh Hannan yang cengkung dan matanya yang lebam serta wajahnya yang penuh
kesan calar-balar dan entah apa lagi kesakitan dalaman yang dihadapinya.
Melihat wajah Hannan yang masih mampu melemparkan senyuman
terhadapnya, Insyi maklum bahawa Hannan benar-benar seorang daieyah yang
meyakini pertemuannya dengan Yang Maha Esa. Perlahan dia memaksa dirinya
menuturkan, “Kita jumpa di syurga ya, ukhti. Kita sambung tebuk hafazan enti di
syurga nanti, insyaAllah.”
Senyap. Talian
diputuskan. Yang didengari hanyalah hembusan nafasnya sendiri. Hannan bangkit
dari kerusi sambil berdiri menghadap Insyirah di hadapannya. Perlahan
dilekapkan tangannya kepada cermin yang memisahkan mereka. Serentak Insyirah
melekapkan tangannya di cermin, seakan mereka berpegangan tangan buat kali
terakhir, buat selamanya di dunia.
******
“Ukhti,” Hannan
mengesat air mata yang jatuh membasahi pipi Insyirah. Usai Hannan bercerita
tentang kisahnya, mereka saling berpandangan. Insyirah menghulurkan tangannya,
Hannan membalas dengan mengenggam erat tangan sahabat yang dicintainya itu.
Perlahan, Hannan menarik tubuh Insyirah ke dalam pelukannya, sambil berbisik ke
telinga Insyirah, “Ana tunggu ukhti, di sini,”
******
Insyirah meraup wajahnya, debaran di
dadanya masih belum reda. Dia baru sahaja bangkit dari tidurnya, bermimpi
tentang sahabat yang amat dirinduinya. Insyirah memandang kedua-dua tapak
tangannya, sewaktu di dalam mimpi Hannan menggenggam erat tangannya, seakan
masih dirasai. Lama Insyirah termenung, memikirkan rasional mimpi yang
dialaminya. Tidak pernah seumur hidupnya di dunia dia melihat dan merasai
suasana tempat yang begitu memukau mata memandang, ti
dak
pernah terfikir dek akal, dilihat oleh mata dan didengar oleh telinganya.
Sungguh, hatinya berkobar untuk ke sana lagi! Perlahan nafas dihela, Insyirah
bangkit dari katilnya dan menuju ke bilik air. Dalam tahajjudnya, doa dipohon
agar dia bisa beroleh syahid seperti mana sahabatnya di Mesir.
******
Insyirah berjalan
menuju ke hospital sambil tergesa-gesa menyarung kot putihnya. Seperti
kebiasaan, dirinya perlu menyelesaikan satu tugas besar yang penting.Nyawa
anak-anak dan rakyat Syria berada pada tangan Allah. Namun akan di kerahkan
seluruh usahanya untuk menyelamatkan mereka sehingga ke titisan darahnya yang
terakhir. Terngiang-ngiang di telinganya kata-kata kritikan berbaur sinis,
salah seorang rakan sebiliknya sewaktu zaman persekolahan tingkatan 3 dahulu
apabila satu ceramah kesedaran tentang saudara Islam yang ditindas kerap
diadakan dua minggu sekali berturut-berturut. Hatinya benar-benar meronta-ronta
untuk membalas kritikan rakannya itu yang berbunyi, “Alahh, balik-balik ceramah
pasal Palestin, Gaza, Syria, bosan tahu tak?? Benda sama je nak ulang?!”
Mujur dirinya masih setahun jagung pada ketika itu. Dan pada saat
ini, pedih sekali hatinya apabila teringat semula kata-kata rakan sebiliknya
itu. Sungguh, entah bila agaknya rakyat di negara berkenaan akan bangkit dari
lena yang terlalu panjang itu.
“Andainya diri mu berada di
tempat rakyat dan anak-anak Syria, Gaza atau mana-mana negara yang tertindas
itu, atau ahli keluargamu adalah dalam kalangan mereka, mampu lagikah kamu
tidur dengan lena sepanjang malam?” Insyirah meraup wajahnya. Entah siapa yang
akan mendengar monolog dalamannya pada hari itu.
Insyirah baru sahaja selesai
merawat seorang kanak-kanak Syria yang hancur kakinya akibat terkena bedilan
bom Bashar Al-Assad laknatullah apabila satu gegaran kuat dirasai oleh semua
warga hospital yang mereka diami.
******
Ribuan para jundullah Persatuan Keamanan Sedunia sedang
melaksanakan solat jenazah ghaib untuk dua orang serikandi mereka yang baru
sahaja terkorban di medan jihad masing-masing. Pejabat Urusan mereka sesak
dengan kehadiran para ikhwah dan akhwat. Kelihatan para akhwat ada yang
berpelukan sesama sendiri dan menangis dengan pemergian dua orang serikandi
hebat itu. Hari itu, sekali lagi mereka kehilangan permata yang terlalu
berharga.
******
Seorang gadis
bertudung warna hijau muda pucuk pisang sedang duduk di atas rumput yang
menghijau bersama dengan sahabat-sahabatnya. Masing-masing sedang tenggelam
bersama ayat-ayat cinta dari Tuhan yang sedang dibaca. Tiba-tiba salah seorang
daripada mereka bersuara perlahan. “Mesti kak Insyi dengan Kak Hannan sedang
sambung tebuk hafazan masing-masing kan di syurga sekarang?” Izzah mendongak ke
langit sambil mengajukan soalan kepada akhwat sehalaqahnya. Serentak mereka
berpandangan antara satu sama lain sambil menghadiahkan senyuman. “ Insya-Allah
ukhti,” Salah seorang daripada mereka membalas. Kolam mata Izzah yang terbentuk
sedari tadi tumpah jua akhirnya.
No comments:
Post a Comment