Friday 14 April 2017

GRAB THE CHANCE WHILE YOU STILL HAVE THE CHANCE

GRAB THE CHANCE WHILE YOU STILL HAVE THE CHANCE

SUPERB. PADU. AMAZING. IDOLA.

Tak berlebihan rasanya untuk aku puji susuk yang seorang itu. Kerana memang si dia layak.

Nak tahu, pertama kali berada di dalam kelas dia, aku awal-awal lagi sudah surrender untuk menyerlah dan take part dalam pengajaran dia.

Siapa sangka, lama kelamaan, Allah singkapkan satu demi satu hikmah belajar di dalam kelas dia.

Allahu Allah. Bukan mahu puji melambung, tapi dia sememangnya layak untuk di letak kan dalam kalangan  pensyarah yang terbaik, 5 bintang pengajaran nya!

Kecil molek. Namun hati dan impian nya cukup besar. Hehe.

Mengapa ya, aku tertarik sekali dengan kata2 dia yang satu itu.
"Grab the chance while you still have the chance."

Kerana hari ini Allah mahu aku belajar satu lagi perkara baharu. Sungguh, dalam hidup, mesti tidak dapat tidak kita akan melakukan kesilapan bukan? Dan antara kesilapan paling besar adalah apabila kita gagal mengambil manfaat dan ibrah dari sisi hidup yang kita lalui sehari-hari. :)

Kita jarang menghargai sahabat2 sekelas kita. Kita selalu ambil mudah sahaja apabila bersama dengan mereka. Seolah-olah mereka ini tiada apa2 erti dalam hidup kita.

Kita jarang mengambil manfaat dan ibrah dari makcik2 cleaner, makcik2 kantin yang berlegar di sekeliling kita. Kita fikir kita tidak setaraf dengan mereka.

Kita jarang mengambil ibrah dan manfaat dari pembelajaran kita. Sekecil-kecil perkara. Adakala nya kita buat sesuatu assignment dengan sambil lewa.

Allahu, tak mampu untuk senarai kan di sini kelalaian kita. Memang sungguh lah, kita ini cepat lupa! Lalai dan leka.

Ada masa, pandang lah dengan mata hati, setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita sehari2.


No comments:

Post a Comment

Percaya Sampai Syurga - Prolog

Dia leka menulis sesuatu di komputer riba. Jemari laju menekan papan kekunci, menyamai kelajuan susunan kata-kata di dalam minda yang sedang...