Alhamdulillah ala kulli hal, benar-benar bersyukur kerana Zaid dipilih untuk turut serta berada sebaris bersama karya-karya lain dalam Zine Sulung Celoteh Budak Pagoh.
Zaid hanyalah manifestasi sebuah nilai kepercayaan. Sejauh mana kita meletakkan kepercayaan kita kepada ilahi dengan berbuat sebaik-baiknya untuk berada dalam kalangan hamba yang dicintai-Nya?
Sejauh mana kah kita percaya terhadap sahabat yang lama kita sangka sudah melupai kita? Sejauh mana kah kita percaya terhadap kasih sayang ibu dan bapa terhadap anak-anaknya? Ini hanya secubit. Terlalu banyak persoalan-persoalan tentang percaya yang gagal kita bumikan dalam diri sebenarnya.
Persoalan yang ringkas, namun hakikatnya agak sukar untuk dijawab hatta oleh diri ini.
Semoga Zaid bisa membuka mata hati kita yang selalu buta dengan dosa dan kelalaian. Buat 'Zaid', moga dikau tenang serta dirahmati di sana. Beruntunglah kerana telah selamat daripada fitnah dunia yang semakin menggila. Doakan kami pulang kepada Dia dalam keadaan yang paling diredai-Nya.
Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada kami. (21:35)
Terima kasih tidak terhingga kepada penyunting Zaid, Siti Merah Manja dan Zaharahanum Kamarudin kerana 'tertambat' dengan kisah Zaid. Moga aku bisa terus menulis kerana-Nya.
No comments:
Post a Comment